Penganggur ditahan, dadah RM2.6 juta dirampas

Iklan
Hussein (depan, dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang lelaki di Sabak Bernam, Selangor dianggarkan berjumlah RM2.6 juta. - FOTO: SINARHARIAN/HISYAMUDDIN AYUB.

SEPANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah ke negara jiran berjumlah RM2.6 juta susulan penahanan seorang penganggur berusia 40-an pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan lelaki tempatan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sabak Bernam di daerah itu pada jam 4.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, susulan tangkapan itu, polis merampas 50 bungkusan warna biru dan hijau bertulis teh herba Chinese yang berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 50 kilogram (kg) serta pil ekstasi anggaran berat 6 kg yang dijumpai dalam sebuah kereta jenis Perodua Alza.

"Hasil saringan awal ke atas suspek mengesahkan positif dadah jenis Methamphetamine," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, Hussein berkata, suspek dipercayai terlibat sebagai 'transporter' atau keldai dadah sejak enam bulan lalu dan dibayar sebanyak RM2,800 bagi setiap penghantaran.

"Suspek ditahan reman selama enam hari sehingga Selasa di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

"Susulan penahanan suspek, kita berjaya menahan dua lagi individu warga asing, seorang lelaki dan seorang wanita berusia 30-an. Mereka ini dipercayai sebagai rakan rangkaian pengedaran dadah ke negara jiran," ujarnya.