'LV boleh pakai, helikopter pun boleh' - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

GUA MUSANG -"LV boleh pakai, helikopter pun boleh. Kalau dia nak pakai saya pun tiada halangan," demikian respon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya berkenaan dengan pertikaian Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan pengangkutan udara itu untuk berkempen.

Menurut beliau, itu bukan helikopter kerajaan.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama ia tidak dibayar oleh kementerian," katanya selepas Program Temu Mata Bersama Masyarakat di Kampung Limau Kasturi di sini pada Isnin.

Sinar Harian melaporkan PN mempersoalkan dakwaan penggunaan helikopter oleh calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri untuk berkempen kerana jika sewaannya RM350,000 sehari ia telah melanggar had kos kempen.

Iklan

Pengarah Operasi PN PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, beliau telah melakukan semakan dan mendapati kos sewaan bagi helikopter yang mempunyai lebih lima kerusi adalah kira-kira RM350,000.

"Dalam pilihan raya ada undang-undang termasuk dari segi jumlah yang boleh dibelanjakan dalam menjayakan kempen.

Iklan

"Kalau pakai helikopter lebih dari lima kerusi, kosnya (dianggarkan) RM350,000 dan itu melebihi daripada had berkempen serta salah dari segi peraturan," katanya pada sidang akhbar PN di pusat informasi parti berkenaan di sini pada Isnin.