Helikopter curi terhempas di hotel, juruterbang terbunuh

Iklan
Gambar hiasan

QUEENSLAND - Sebuah helikopter curi terhempas di sebuah hotel di Australia pada Isnin, mengakibatkan juruterbangnya terbunuh.

Kejadian berlaku kira-kira 2 pagi waktu tempatan di utara Queensland apabila helikopter itu melanggar bumbung hotel menyebabkan kira-kira 400 orang terpaksa dipindahkan, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Tiada individu yang cedera dalam insiden berkenaan walaupun satu daripada bilah kipas helikopter jatuh di laluan pejalan kaki dan satu lagi di kolam renang hotel.

Menurut pemiliknya, helikopter itu telah dicuri sebelum penerbangan 'tidak sah' juruterbang berkenaan, menurut ABC News.

Iklan

Juruterbang itu bersendirian semasa menerbangkan helikopter dan belum dikenal pasti.

Nautilus Aviation, syarikat yang memiliki helikopter itu telah mengesahkan bahawa juruterbang mereka tidak terlibat dalam insiden berkenaan. - Bernama-Anadolu

Iklan