KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, beliau telah menyampaikan amanat kepada Shamsul Azri supaya menjunjung tinggi prinsip tatakelola dalam menggalas amanah, serta perlu bekerja keras untuk memastikan dasar kerajaan berjalan dengan baik demi kemakmuran rakyat dan negara.