JPJ gempur LTAPP, sembilan kenderaan diambil tindakan

Iklan
Penguatkuasaan Ops Ulat dijalankan selama dua hari bermula 9 dan 11 Ogos di LTAPP. Foto JPJ Pulau Pinang

GEORGE TOWN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengambil tindakan ke atas sembilan buah kenderaan persendirian kerana menjalankan perkhidmatan melanggan penumpang dan menawarkan perkhidmatan kereta sewa tanpa lesen atau secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat sini.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan penguatkuasaan sita ke atas sembilan kenderaan itu dilakukan dalam Ops Ulat yang dijalankan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad lepas (10 dan 11 Ogos).

Iklan
Iklan
Antara kenderaan yang ditahan untuk pemeriksaan dalam Ops Ulat yang dijalankan JPJ Pulau Pinang. Foto JPJ Pulau Pinang

"Berdasarkan siasatan, pemandu-pemandu kenderaan itu mengambil pelancong tempatan sebagai penumpang dengan dikenakan kadar bayaran mengikut destinasi dituju.

"Pihak JPJ menasihatkan orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan kenderaan supaya menggunakan kenderaan awam yang sah dan berlesen supaya perjalanan lancar serta selamat ke destinasi dituju," katanya dalam hantaran Facebooknya pada Isnin.

Iklan

Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu serta pemilik kenderaan persendirian yang melakukan kesalahan berkenaan. - Bernama

Anggota JPJ melakukan pemeriksaan dalam Ops Ulat di LTAPP. Foto JPJ Pulau Pinang

Iklan