SHAH ALAM - Kos yang tinggi menjadi cabaran utama untuk menghasilkan platform media sosial baharu kerana melibatkan banyak peringkat percubaan sebelum dibuka kepada umum.
Ia diakui seorang pencipta aplikasi, Yusman Yusof, 50, yang memaklumkan, antara perbelanjaan awal yang digunakan adalah membeli aplikasi pengkodan dan aplikasi berkaitan serta menyewa server.