Hilang moral sebagai manusia, bunuh bukan jalan penyelesaian

Iklan
Kebelakangan ini, media massa Malaysia sering memaparkan berita-berita pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seseorang manusia waras. Gambar hiasan

NEGARA digemparkan dengan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat tanpa kepala, kaki dan tangan yang dijumpai dalam tong sampah di longkang Kampung Tanjung Rimau, Melaka pada 31 Disember lalu dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Keputusan berkenaan sudah pasti menghancurkan harapan keluarga yang mengharapkan Istiqomah kembali ke pangkuan mereka selepas dilaporkan hilang pada 26 Disember 2023.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, keputusan DNA telah menjawab segala persoalan tentang misteri kehilangan Istiqomah.

Kebelakangan ini, media massa Malaysia sering memaparkan berita-berita pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seseorang manusia waras.

Iklan

Keadaan ini secara tidak langsung membangkitkan persoalan tentang ke mana hilangnya empati sebagai seorang manusia sehingga sanggup melakukan pembunuhan kejam.

Hal itu turut menunjukkan bahawa pelaku sama sekali tidak mempunyai rasa gentar terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan.

Iklan

Kejadian malang yang menimpa Istiqomah telah mengingatkan penulis terhadap kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Bedah siasat juga mendedahkan bahawa melecur adalah punca kematian mangsa.

Menurut laporan, Zulfarhan mengalami 90 kecederaan di seluruh badannya. Penyeksaan terhadap mangsa juga mengakibatkan 90 kesan lecur meliputi 80 peratus badannya.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini seorang lelaki berusia 32 tahun bertindak menikam isterinya dengan pisau dalam kejadian di sebuah flat di Bahau, Negeri Sembilan.

Insiden berkenaan telah mengakibatkan, isteri suspek yang berusia 30 tahun cedera di bahagian rusuk kiri setelah ditusuk dengan pisau sebanyak dua kali.

Kejadian yang berlaku kini seolah-olah menggambarkan bahawa moral sebagai seorang manusia kini semakin berkurangan.

Hal ini perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan ada individu yang ‘terdorong’ untuk melakukan kes-kes yang serupa disebabkan buntu mencari jalan penyelesaian.