Murai batu RM1 juta dirampas

Iklan
Pegawai Perhilitan menerangkan tujuan kehadiran dalam Operasi Bersepadu Khazanah dan tindakan rampasan 40 ekor murai batu di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Rawang, pada Ahad.

RAWANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 40 ekor burung murai batu bernilai RM1 juta di kawasan letak kenderaan sebuah pasar raya di sini, pada Ahad.

Difahamkan, burung dari spesies dilindungi bernilai RM25,000 seekor itu dikumpul di lokasi berkenaan oleh pihak penganjur bagi tujuan pertandingan yang akan dilangsungkan pada hari yang sama.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Op Bersepadu Khazanah (OBK) kira-kira jam 10 pagi itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia.

Abdul Kadir

Menurutnya, pasukan serbuan mendapati burung-burung itu digantung di tempat letak kenderaan berbumbung sebelum berjumpa dengan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang juga penganjur pertandingan terbabit.

Pasukan operasi mendapati burung murai yang diletakkan di dalam sangkar digantung di tempat parkir kenderaan berbumbung di sebuah pasar raya di Rawang pads Ahad.

Iklan

"Seramai 22 individu dipercayai pemilik haiwan itu telah tampil untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Antara pemilik yang ditahan dan direkod keterangan untuk membantu siasatan rampasan burung murai batu, pada Ahad.

Beliau berkata, 40 unit sangkar bernilai RM240,000 bersama kesemua burung telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bersama individu yang ditahan bagi siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Iklan

Katanya, 22 individu terbabit telah dilepaskan dengan jaminan polis sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Perhilitan bersama PGA merampas 40 ekor burung murai batu bernilai RM1 juta, pada Ahad.

"Mana-mana individu yang menjalankan aktiviti kegiatan pemburuan haram, pencerobohan dan pelbagai kesalahan jenayah hidupan liar diingatkan agar menghentikan kegiatan itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Perhilitan bersama PGA merampas 40 ekor burung murai batu bernilai RM1 juta, pada Ahad.

"Sebarang aduan dan maklumat boleh salurkan kepada Perhilitan di talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” jelasnya.