Pakistan, Turkiye teruskan usaha tangani Islamofobia

Iklan
Timbalan Menteri Luar Turkiye, Nuh Yilmaz dan Setiausaha Luar Pakistan, Muhammad Syrus Sajjad Qazi mengadakan rundingan di Islamabad pada Isnin. Foto X Kementerian Luar Pakistan

NEW DELHI - Pakistan dan Turkiye akan meneruskan usaha bersama di forum pelbagai hala (multilateral) untuk memerangi Islamofobia.

Kenyataan itu dikeluarkan dalam satu kenyataan bersama pada akhir rundingan politik terbaharu kedua-dua negara, diketuai oleh Timbalan Menteri Luar Turkiye, Nuh Yilmaz dan Setiausaha Luar Pakistan, Muhammad Syrus Sajjad Qazi di Islamabad pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan inisiatif bersama di forum multilateral dalam semua bidang yang menjadi kepentingan bersama termasuk dalam memerangi Islamofobia," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pakistan dan Turkiye menyuarakan kebimbangan terhadap perang berterusan Israel di Gaza dan genosid terhadap rakyat Palestin.

Iklan

Kedua-dua pihak juga berpuas hati dengan penglibatan mereka di pelbagai forum termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi (ECO) dan kumpulan D-8 untuk kerjasama ekonomi. - Bernama

Iklan