JOHOR BAHRU - Zoo Johor menafikan maklumat harga tiket dan tarikh pembukaan premis seperti yang tersebar sejak Isnin.
Pihak Zoo Johor menerusi satu kenyataan mendakwa, maklumat yang dinyatakan pemilik akaun Instagram bernama Norhafzanora dan diulang siar di platform media sosial lain adalah tidak sahih.
Iklan
Iklan
"Semua perkara adalah di peringkat perbincangan oleh pihak Zoo dan Kerajaan Negeri Johor.
"Oleh itu, semua pihak diminta agar tidak terus menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih berhubung harga tiket dan tarikh pembukaan Zoo Johor.
"Segala pengumuman khususnya berhubung harga tiket dan tarikh pembukaan hanya akan diumumkan oleh kerajaan negeri," katanya.