HSAH atasi gangguan sistem

Iklan
Hospital Sultan Abdul Halim telah mengambil tindakan pengaktifan BCP secara berperingkat bagi mengatasi gangguan capaian sistem tHIS.

SUNGAI PETANI - Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) telah mengambil tindakan pengaktifan Business Continuity Plan (BCP) secara berperingkat bagi mengatasi gangguan capaian Total Hospital Information System (tHIS), pada Ahad.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismuni Bohari berkata, langkah itu juga sebagai mengurangkan impak kegagalan sistem ke atas pengoperasian sistem pengendalian pesakit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemantauan prestasi capaian sistem dan tindakan pemulihan diteruskan secara rapat dan segera bagi memastikan isu itu dapat diatasi secara menyeluruh.

"Untuk perancangan jangka panjang, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sedang dalam perancangan menaik taraf sistem sedia ada daripada sistem server ke Cloud Based System untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Iklan

"Jabatan ini juga akan terus memantau perkembangan terkini dan memastikan tindakan pembaikan dan pemulihan HIS berjalan lancar agar pengoperasian perkhidmatan perawatan pesakit tidak terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan susulan isu tular berkaitan gangguan capaian tHIS di sini.

Iklan

Difahamkan, gangguan capaian sistem tHIS bermula 7 pagi Ahad lalu susulan kegagalan capaian kepada sistem rekod pesakit.

Jelasnya, semakan awal mendapati servis pada salah satu server aplikasi gagal berfungsi.

Beliau menjelaskan, gangguan capaian semakin kritikal apabila waktu operasi klinik pakar bermula disebabkan trafik capaian tinggi daripada pengguna sistem yang mula melaksanakan pendaftaran pesakit.

Sebelum ini media melaporkan, HSAH dan beberapa buah klinik didakwa mengalami gangguan sistem rekod perubatan sekali gus menyebabkan gangguan perkhidmatan termasuk pendaftaran pesakit dan pendispensan ubat.