MELAKA - Umat Islam di Melaka digalakkan untuk melaksanakan solat sunat hajat bagi memohon hujan agar masalah kekurangan bekalan air di Melaka segera pulih, kata Mufti Negeri Melaka, Datuk Abd Halim Tawil.
Beliau berkata, solat sunat hajat itu juga boleh dibuat bagi memohon Melaka dan negara ini terhindar daripada koronavirus dan wabak penyakit berjangkit lain serta dijauhkan daripada musibah yang tidak dijangka.