Nasib remaja derita masalah jantung dapat perhatian MB

Iklan
Wan Rosdy ketika melawat Chenta Rifqa yang menjalani rawatan di IJN pada Isnin. Foto Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Penderitaan dilalui remaja perempuan, Chenta Rifqa Mohd Izdwan, 13, yang menghidap masalah jantung mendapat perhatian Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, sayu hatinya ketika melihat keadaan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini, itu ketika beliau dan isteri melawat remaja terbabit di Institut Jantung Negara (IJN), pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Chenta Rifqa memerlukan kos rawatan yang tinggi untuk merawat penyakitnya itu.

"Kerajaan negeri juga akan membantu menampung kos rawatannya," katanya melalui hantaran di Facebooknya.

Iklan

Wan Rosdy berkata, orang ramai yang berhasrat membantu remaja itu boleh menghubungi bapanya, Mohd Izdwan Abd Razak di talian 017-906 5932.

"Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 7036488792.

Iklan

"Semoga adik Chenta terus tabah menghadapi ujian berat ini dan sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta memberi kesembuhan agar dia kembali ceria dan gembira semula," ujarnya melalui hantaran itu.