Agong berkenan terima menghadap KSN baharu

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap KSN yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Negara hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Negara hari ini.

Turut hadir bekas KSN, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap KSN yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Negara hari ini. Turut hadir, bekas KSN, Tan Sri Mohd Zuki Ali. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Iklan
Iklan

Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Mohd Zuki yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos. - Bernama

Iklan

Iklan