Kerap laksana audit agensi kerajaan, swasta cegah rasuah - ABIM

Iklan
ABIM cadang pelaksanaan audit secara kerap terhadap agensi kerajaan mahupun swasta untuk mencegah rasuah. Gambar kecil: Abdul Rahman Solehuddin

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadang pelaksanaan audit secara kerap terhadap agensi kerajaan mahupun swasta untuk mencegah amalan rasuah yang semakin membarah.

Setiausaha ABIM Kedah, Abdul Rahman Solehuddin Mohd Zain berkata, ia berikutan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini mengundang rasa kesal dalam masyarakat apabila terdapat kelemahan pengurusan dana kerajaan.

Iklan
Iklan

"Ini cadangan yang boleh dipertimbangkan iaitu pengawasan dan audit dilaksanakan secara lebih kerap dan ketat supaya kita tahu aktiviti pengaliran wang keluar dan masuk,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) sebelum ini mencadangkan satu platform perlu dibangunkan khusus bagi membolehkan penjawat awam membuat aduan berhubung gejala rasuah di dalam agensi masing-masing secara tanpa nama.

Iklan

Ia penting bagi mengelakkan 'pembalasan' daripada pihak atasan yang mungkin mengenakan tindakan seperti turun pangkat, gangguan di tempat kerja atau lebih parah dibuang kerja.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, undang-undang berkaitan perlindungan kepada pemberi maklumat atau 'whistleblowers' juga perlu diperluas terutama dalam kalangan penjawat awam.

Iklan

Selain itu, menurut Abdul Rahman, usaha kerajaan dalam dasar gaji progresif turut akan memberi impak positif dalam meningkatkan kualiti dan integriti pekerja.

"Hal ini kerana peningkatan gaji dan faedah untuk pekerja akan dapat mengurangkan dorongan menerima rasuah selain menguatkuasakan akta serta hukuman,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berpandangan semua pihak perlu kembali memahami asas integriti yang utuh dan mengamalkannya dalam kehidupan.

"Apa yang saya maksudkan di sini ialah tugas membanteras rasuah adalah bermula daripada dalam diri masing-masing dan orang sekeliling.

"Jika kita bersedia menjadi seorang yang menjunjung nilai integriti untuk melaksanakan tugas dengan penuh amanah, maka ketika itu kita telah menjadi teladan yang baik kepada orang sekeliling,” tambahnya.