Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Kajang

Iklan
Polis mengesan waris mayat seorang lelaki tanpa identiti yang ditemui terapung di Sungai Kajang pada Isnin. Gambar hiasan.

KAJANG - Polis mengesan waris mayat seorang lelaki tanpa identiti yang ditemui terapung di Sungai Kajang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, mayat lelaki dipercayai dalam lingkungan umur antara 40 hingga 50 - an itu ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memancing di lokasi berkenaan kira-kira jam 12.34 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Mayat didapati dalam keadaan tertiarap di dalam air, memakai baju t-shirt berwarna oren dan hanya berseluar dalam.

"Selain itu pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit mempunyai kesan suntikan BCG serta dipercayai warga tempatan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, bagaimanapun tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat tersebut.

"Semakan setakat ini dijalankan mendapati tiada laporan polis berkenaan orang hilang di buat di daerah Kajang.

Iklan

"Sesiapa yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Inspektor Mohd Nasri Tesnoh, Ketua Polis Balai Bandar Baru Bangi di talian 017-710 2042," katanya.