KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan sudah bersedia untuk melancarkan pakej rangsangan ekonomi jika perlu walaupun masih terlalu awal untuk menilai impak koronavirus ke atas ekonomi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
"Pada masa ini, masih terlalu awal untuk kerajaan bertindak kerana ia perlu mengkaji dan menganalisis impak ke atas ekonomi.