Enam suspek kes culik dekat plaza tol dituduh Khamis

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SEPANG - Enam suspek kes culik seorang lelaki warga China dan seorang wanita tempatan berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Maju, Cyberjaya pada 11 Julai lalu akan dituduh di Mahkamah Sepang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, enam yang dituduh itu merupakan 10 individu ditangkap sebelum ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, suspek dituduh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

"Empat lagi yang ditahan akan dibebaskan dengan bon di bawah Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah.

Iklan

"Hasil siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan D9 Kontinjen Selangor, seramai enam suspek telah berjaya dikenal pasti terlibat dalam jenayah culik ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, suspek dikesan berdasarkan semakan rekod kad Touch and Go, rakaman litar tertutup (CCTV) plaza tol dan rekod sewaan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.

Iklan

"Kertas siasatan telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Selangor dan mendapat arahan tuduh," katanya.

Kata beliau, pihaknya kini giat mengesan empat lagi suspek yang masih bebas menerusi Ops Scorpion.

Pada 1 Ogos lalu, polis berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah disyaki penculik selepas menembak mati empat individu dalam insiden berbalas tembakan semasa operasi di Skudai, Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam operasi sama, pihaknya menahan empat lagi individu, termasuk seorang wanita, berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun.

Beliau berkata, kumpulan itu disyaki terlibat dalam kes culik seorang lelaki warga China dan seorang wanita tempatan berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Maju, Cyberjaya pada 11 pagi 11 Julai lepas.