Agong terima menghadap Rais Tatarstan

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Rais (Presiden) Republik, Tatarstan Rustam Minnikhanov di Istana Negara hari ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Rais (Presiden) Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov di Istana Negara hari ini.

Menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan kedua-dua sahabat lama itu berlangsung kira-kira 45 minit dengan menyentuh peluang kerjasama antara Tatarstan dan Malaysia.

Iklan
Iklan

Republik Tatarstan adalah sebuah wilayah majoriti Islam dalam Persekutuan Rusia. - Bernama

Iklan
Iklan