Kenapa juara Olimpik dari Pakistan dapat hadiah kerbau?

Iklan
Arshad Nadeem menerima hadiah seekor kerbau daripada bapa mentuanya.

ISLAMABAD - Kepulangan pemenang pingat emas acara merejam lembing Sukan Olimpik Paris 2024, Arshad Nadeem ke tanah kelahirannya di kampung Arrival di Mian Channu, disambut bak wira.

Ini selepas beliau menghadiahkan emas sulung Pakistan di Sukan Olimpik buat pertama kali dalam tempoh 32 tahun selepas mengungguli acara rejam lembing lelaki yang berlangsung di Stade di France baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Malah yang lebih menyentuh hati apabila beliau menerima hadiah daripada bapa mentuanya, Muhammad Nawaz iaitu seekor kerbau.

Dalam tradisi mereka kerbau merupakan salah satu hadiah yang paling tinggi nilainya dan penuh penghormatan.

Iklan

Anak Nawaz, Ayesha berkahwin dengan Nadeem dan mereka mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan.

Nawaz mengimbau kehidupan mereka enam tahun lalu dengan menantunya sangat berdedikasi dengan sukan walaupun mempunyai pendapatan tidak menentu.

Iklan

"Enam tahun lalu ketika kami menjodohkan anak kami dengan Nadeem, dia hanya bekerja dengan gaji kecil tetapi tidak menghalang minatnya dalam sukan. Dia kerap berlatih membaling lembing di rumah dan padang." kata Nawaz.

Nawaz mengimbau kehidupan mereka enam tahun lalu dengan menantunya sangat berdedikasi dengan sukan walaupun mempunyai pendapatan tidak menentu.

Terdahulu, perejam berusia 27 tahun itu menang dengan rekod Olimpik 92.97 meter (m) mengatasi juara bertahan dari India, Neeraj Chopra yang meraih perak dengan 89.45m manakala atlet Grenada, Anderson Peters merangkul gangsa dengan 88.54m.

Sebelum kemenangan mengagumkan Arshad di Paris 2024, Pakistan tidak pernah menang pingat emas individu pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Semua tiga pingat emas Pakistan sebelum ini hadir dalam sukan hoki lelaki dengan pasukan mereka memenangi emas pada tahun 1960, 1968 dan 1984. - Agensi