Lafaz cerai biarlah ikut cara betul

Iklan
Perceraian di luar mahkamah termasuk melalui platform media sosial berkemungkinan sah, namun bertentangan dengan undang-undang syariah sedia ada.Gambar hiasan.

PENCERAIAN adalah perkara dibenci oleh ALLAH SWT yang perlu dielakkan dengan mencari jalan pendamaian.

Namun jika tidak boleh dielakkan, bercerailah dengan cara yang baik iaitu memfailkan permohonan penceraian di jabatan agama.

Iklan
Iklan

Di pejabat agama juga terdapat unit kaunseling yang akan mendamaikan pasangan yang dilanda 'ombak' dalam perkahwinan.

Seperti baru-baru ini tular kisah seorang peniaga kosmetik dalam talian yang diceraikan suaminya dengan talak satu ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

Iklan

Terbaharu, penyanyi Datuk Nora Ariffin memuat naik video di Instagram yang memaparkan suaminya, Dr Rushdi Ramli melafazkan cerai talak satu terhadap dirinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, perceraian di luar mahkamah termasuk melalui platform media sosial berkemungkinan sah, namun bertentangan dengan undang-undang syariah sedia ada.

Iklan

Malah ujarnya, umat Islam diseru menggunakan saluran betul dengan mendapatkan kebenaran daripada mahkamah bagi proses penceraian.

Tambah lagi, sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pihak mahkamah ia boleh dikenakan penalti tidak kurang RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Jadi, pasangan suami isteri yang tidak boleh lagi berdamai, failkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bercerai daripada mahkamah syariah di tempat anda bermastautin.

Buat pasangan suami isteri di luar sana, usah jadikan media sosial sebagai platform lafaz cerai, apatah lagi dijadikan tempat membuka aib pasangan masing-masing.

Selain itu, YouTuber dan pempengaruh juga wajar menggunakan platform media sosial untuk mengumpul pahala melalui pengisian bermanfaat yang membawa kebaikan kepada masyarakat.

Janganlah kita gadaikan kehidupan khususnya untuk hari akhirat dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan agama.

Gunalah media sosial untuk membina masyarakat didasari nilai murni khususnya nilai keagamaan dan bukan berbuat dosa semata-mata untuk mendapatkan pengikut yang ramai.