Orang Asli, Awie kekuatan BN
Iklan
GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli dilihat menjadi ‘kekuatan’ kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Nenggiri selain figura ‘bersih’ yang dimiliki calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie.
Kumpulan pribumi itu dikatakan deposit kekal kepada BN sejak DUN Nenggiri dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) di mana daripada 20,259 pengundi yang berdaftar, sebanyak 13.68 peratus atau 2,560 terdiri daripada Orang Asli.