Budak 2 tahun maut, enam lagi parah kereta bertembung

Iklan
Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan maut manakala enam lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Paris 1, Jalan Sandakan-Lahad Datu.

KINABATANGAN - Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan maut manakala enam lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Paris 1, Jalan Sandakan-Lahad Datu, di sini pada tengah malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Mohd Rizq Aryan Abdullah, 2, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden D Ravi berkata, kemalangan melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 dengan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda.

"Pacuan empat roda bergerak dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu dan tiba-tiba Proton X50 yang datang dari arah bertentangan telah masuk ke laluan tersebut.

Iklan

"Pacuan empat roda cuba mengelak ke sebelah kiri namun disebabkan jarak yang terlalu dekat menyebabkan berlaku pertembungan dan menyebabkan kemalangan.

"Akibat kejadian itu, seorang kanak-kanak mengalami kecederaan bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan
Mangsa kemalangan diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke hospital.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.38 tengah malam.

Katanya, seramai empat anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 54 kilometer dari BBP Kota Kinabatangan.

"Menurut laporan, terdapat enam mangsa yang tersepit dalam kenderaan Proton X50 akibat bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.

"Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya dan seorang mangsa meninggal dunia di lokasi," katanya.

Nurul Azlan dalam pada itu memaklumkan terdapat enam lagi mangsa parah dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Juazri Jufri, Jamdeh Jalehani, 56, Aliskan Basara, 57, bersama dua anaknya Roziana, 35 dan Ranizah, 22, serta seorang lagi lelaki tidak dikeketahui identiti.