Gambus Hadramaut Johor

Iklan
Pembuat ‘Gambus Hadramaut Johor’, Halidan Ithnin, 54, menunjukkan rangka gambus rekaannya yang diolah dari asal dan dimodenkan sebagai gambus elektrik. Rekaan ini merupakan hasil ekspeimentasinya dalam pembuatan gambus. Halidan lebih gemar menggunakan kayu- kayu tempatan seperti Rengas, Merawan dan juga pohon buah-buahan iaitu Durian Belanda serta Ciku untuk menghasilkan gambusnya. Halidan mahu gambus yang mendapat pengaruh kuat dari negara Yaman itu diberikan sentuhan kemelayuan dan identiti tersendiri. Walaupun Spruce dan Mahogany merupakan antara jenis kayu yang terbaik di dunia, Halidan menyuntik sentuhan kemelayuan dengan menggunakan kayu-kayu tempatan. - Foto Bernama