Finland sahkan kes pertama koronavirus

Iklan
Mika Salminen (tengah) ditemu bual selepas mengadakan sidang akhbar berkaitan jangkitan pertama di Finland. - Foto: AFP

HELSINKI - Seorang pelancong wanita dari China disahkan positif koronavirus di sebuah hospital di utara Finland semalam, menurut Kedutaan Beijing di sini.

Menurut kedutaan memetik hospital Finland sebagai berkata, pesakit terbabit berada dalam keadaan stabil tetapi perlu dipantau dan dirawat selama dua minggu.

Iklan
Iklan

Stesen penyiar Yle melaporkan, mangsa yang berusia 32 tahun itu membuat perjalanan dari Wuhan ke Ivalo di utara Finland lima hari lalu.

"Pada awalnya wanita berkenaan dirawat di pusat kesihatan di Ivalo sebelum dipindahkan ke hospital di Rovaniemi. Sampel yang diambil daripadanya dihantar ke Institut Kesihatan dan Kebajikan Kebangsaan Finland (THL) di Helsinki untuk pemeriksaan," katanya.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Pengarah unit keselamatan THL, Mika Salminen berkata, pelancong lain yang dijangkiti di negara itu akan dikenal pasti namun risiko penularan wabak tersebut di Finland masih sangat kecil. - Xinhua