Penyanyi Nidza Afham hilang selepas keluar joging di Stadium Klang

Iklan
Nidza Afham dilaporkan hilang selepas keluar kira-kira jam 7.58 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang. Baju terakhir yang dipakai Afham sebelum hilang (kanan).

PENYANYI Aufahanie memohon menjejaki abangnya, Nidza Afham Mokhtar, 23, yang dilaporkan hilang sejak malam tadi.

Jelas Aufahanie, 21, abangnya yang juga seorang penyanyi sebelum itu keluar kira-kira jam 7.58 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.

Iklan
Iklan
Aufahanie berharap abangnya ditemui dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun Nidza gagal dihubungi sejak jam 9.13 malam.

"Abang saya hilang selepas joging di Stadium Sultan Sulaiman Klang. Lokasi terakhir telefon bimbit dan beg duit ditemui atas jambatan Sungai Klang (sebelah jambatan baru).

Iklan

"Baju dipakai semasa joging jersey berwarna hitam atau biru gelap dengan nama APAM, 56 di belakang baju," kongsi Aufahanie.

Tambahnya lagi, laporan polis sudah dibuat awal pagi tadi selepas ibu dan kakaknya dengan bantuan dua orang awam menemui telefon bimbit dan beg duit di hujung jambatan baharu.
Lokasi terakhir telefon bimbit dan beg duit ditemui atas jambatan Sungai Klang (sebelah jambatan baru).

"Kami masih menanti. Afham, baliklah...

Iklan

"Jika ada orang awam mempunyai apa-apa informasi, tolong hubungi saya atau nombor yang tertera.

"Mohon sebarkan... dan doakan abang saya pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.