Lebih 1,700 kertas siasatan salah laku polis - KPN

Iklan
Razarudin.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,760 kertas siasatan membabitkan salah laku anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuka sejak Januari hingga Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah itu meningkat berbanding 1,665 kertas siasatan membabitkan kes sama dibuka pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Peningkatan sebanyak 5.39 peratus kertas siasatan dibuka itu jelas menunjukkan ketegasan dan sikap tidak berkompromi pucuk pimpinan PDRM terhadap warga pasukan yang melanggar peraturan," katanya dalam ucapan Perhimpunan Bulanan di Bukit Aman, pada Rabu.

Razarudin berkata, pemantauan secara lebih terperinci atau 'close monitoring' merupakan kaedah penyeliaan yang dapat mengekang penyerapan anasir negatif yang mempengaruhi warga PDRM untuk melakukan salah laku.

Iklan

"Selaras dengan itu, saya telah memutuskan peningkatan peratusan pencapaian pelaksanaan Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD) PDRM daripada 80 peratus kepada 95 peratus.

"Semua mahu semua pegawai penyelia dapat melaksanakan 'close monitoring' secara berterusan," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Razarudin turut mengucapkan tahniah kepada warga Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang meraikan ulang tahun satu dekad penubuhan jabatan itu pada 25 Julai lalu.

"Kematangan usia jabatan ini menjadi cerminan kegigihan usaha pembudayaan integriti dalam pasukan PDRM," katanya.

Razarudin berkata, JIPS merupakan jabatan peneraju utama dalam penguatkuasaan, pengukuhan dan pembudayaan integriti warga PDRM yang berteraskan kepada peraturan serta undang-undang.

"Warga JIPS memikul tanggungjawab berganda dalam penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

"Mereka juga mempunyai keteguhan integriti untuk mencegah diri daripada penyelewengan serta perlu tegas, adil dan telus dalam tindakan," katanya.

Beliau berkata, JIPS perlu lebih proaktif mencari penyelesaian terbaik bagi mencegah pelanggaran etika oleh warga PDRM sebelum ia menjadi parah dalam pasukan.

"Melihat kepada trend dan penglibatan pegawai polis dalam isu salah laku, jelas penguatkuasaan Arahan Ketua Polis Negara bilangan 191 iaitu 'total enforcement' berkaitan Peraturan 3C Peraturan - Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan &Tatatertib)1993, masih perlu dikuatkuasakan dengan lebih berkesan," katanya.