Tak sempat cabut lari!
Iklan
Wanita warga asing yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial.
GEORGETOWN - Cubaan 18 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) melarikan diri melalui laluan rahsia tidak berjaya apabila mereka ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Burmah di sini malam tadi.
Dalam serbuan jam 12.15 malam itu, kumpulan GRO terbabit dikatakan sedang leka berhibur dengan pasangan masing-masing sebelum melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia.
Iklan
Iklan
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata, serbuan dibuat hasil risikan sejak beberapa minggu lalu mengenai aktiviti tidak bermoral dilakukan kumpulan wanita warga asing berkenaan.
"Kedudukan pusat hiburan berkenaan yang terletak di tingkat empat menyebabkan mereka (GRO) mendapat isyarat awal daripada tonto mengenai serbuan berkenaan, namun tindakan pantas anggota kita berjaya menahan mereka yang cuba melarikan diri melalui laluan rahsia.
Iklan
"Mereka yang ditahan terdiri 16 wanita warga Thailand dan dua warga Laos yang masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Muhamad Husni berkata, semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 35 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke depoh tahanan warga asing di Juru untuk tindakan lanjut,
Iklan
Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam