Lelaki miliki 50 bungkus air ketum ditahan

Iklan
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 50 bungkus plastik disyaki air ketum dan peralatan merebus air ketum. Foto ihsan PDRM

BESUT - Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki 50 bungkus plastik disyaki air ketum dalam satu serbuan dijalankan di sebuah rumah di Jalan Seberang Kastam, Kampung Pengkalan Nyireh, dekat sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, suspek yang berusia 42 tahun itu ditahan di dalam semak belakang sebuah rumah di lokasi tersebut pada jam 12.45 tengahari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, serbuan dilakukan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Kampung Raja Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

"Hasil pemeriksaan mendapati 50 bungkus plastik disyaki air ketum dengan anggaran isi padu air sebanyak 700 milimeter.

Iklan

"Selain itu, terdapat sebanyak 88 bungkusan plastik mengandungi daun kehijauan yang disyaki daun ketum dengan anggaran berat sebanyak 20 kilogram serta peralatan disyaki merebus air ketum," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azrol Anuar berkata, anggaran nilai keseluruhan rampasan itu berjumlah RM1,850.

Iklan

Katanya, hasil ujian saringan air kencing suspek adalah negatif.

Jelasnya, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Rabu hingga Sabtu ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

"Dengan kejayaan tangkapan ini, kita telah berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran air ketum di sekitar daerah Besut.

"Kita menyeru semua pihak supaya melaporkan kepada pihak polis apa sahaja aktiviti menyalahi undang-undang," jelasnya.