Abang kembar rentung ketika tidur, rumah terbakar

Iklan
Anggota bomba menjalankan siasatan di lokasi kebakaran sebuah rumah pada Rabu. - Foto Sinar Harian

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Seorang daripada pasangan kembar rentung dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Lorong Nimar 500, Jalan Kadir Adabi, di sini, pada Rabu.

Mangsa, Mohammad Nor Syahid Faridzuan Mohd Sukri, 27, yang merupakan abang kembar maut dalam kebakaran kira-kira jam 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zulkifli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan dari melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 berhubung kejadian itu dan bergegas ke lokasi untuk usaha menyelamat dan memadam kebakaran.

Kebakaran yang berlaku melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Tanah Merah. Foto Ihsan Bomba.

Iklan

"Ketika tiba di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran rumah berlaku dan melibatkan 70 peratus terbakar.

"Terdapat seorang lelaki berusia 27 tahun yang ditemui rentung bilik di bahagian belakang di rumah itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Keadaan rumah didiami mangsa terbakar dalam kejadian di Lorong Nimar 500, Jalan Kadir Adabi, Tanah Merah pada Rabu.

Menurut beliau, api berjaya dikawal oleh pasukan bomba pada jam 12:29 tengah hari dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, operasi memadam kebakaran melibatkan 13 anggota dari BBP Tanah Merah dan BBP Kemahang.

"Operasi dilakukan dengan menggunakan dua jentera pemadam api dan satu lori tangki.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.