Ahmad Zahid terima kunjungan KSN baharu

Iklan
Ahmad Zahid pada Rabu menerima kunjungan hormat KSN yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di kompleks bangunan Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya. Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di kompleks bangunan Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ahmad Zahid mengucapkan tahniah atas pelantikan Shamsul Azri sebagai KSN baharu berkuatkuasa 12 Ogos lepas.

Iklan
Iklan

"Selamat bertugas,” menurut catatan di Facebook beliau itu.

Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), dilantik sebagai KSN ke-16 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lepas. - Bernama

Iklan
Iklan