Bunuh suami buta: Dua beradik terlepas tali gantung

Iklan
Seorang kakak dan adik lelakinya terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Rabu menggantikan hukuman mati mereka dengan penjara 33 tahun bagi kesalahan membunuh suami wanita itu yang buta hampir empat tahun lepas. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Seorang kakak dan adik lelakinya terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menggantikan hukuman mati mereka dengan penjara 33 tahun bagi kesalahan membunuh suami wanita itu yang buta hampir empat tahun lepas.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim serta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan selepas membenarkan rayuan GS Angela Dewi dan GS Vijaya terhadap hukuman.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, mahkamah menolak rayuan mereka bagi mengetepikan sabitan.

Che Mohd Ruzima turut memerintahkan Angela Dewi, 48, dan Vijaya, 46, menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap iaitu masing-masing pada 10 dan 17 Oktober 2020.

Iklan

Mahkamah juga memerintahkan agar Vijaya disebat 12 kali.

Pada 21 September tahun lepas, mereka didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.

Iklan

Berdasarkan fakta kes, cucu perempuan si mati telah menjumpai mangsa terbaring di atas sofa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian beranda rumah itu dan keadaan Devarajoo turut dilihat oleh isteri keduanya yang baru tiba di tempat kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital.

Pada 1 Oktober 2020, Angela Dewi membuat laporan polis bahawa rompakan telah berlaku dan rantai leher milik suaminya hilang.

Pada mulanya, siasatan mengklasifikasikan kes itu sebagai rompakan namun selepas mangsa meninggal dunia pada 10 Oktober 2020, polis mengklasifikasikannya semula sebagai pembunuhan.

Susulan siasatan lanjut, polis menahan kedua-dua beradik itu dan Vijaya kemudian membawa polis ke sebuah bilik stor di mana mereka menjumpai penukul serta seutas rantai emas.

Peguam M Manoharan, B Sarathabala serta P Subramaniam mewakili Angela Dewi dan Vijaya manakala Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi hadir bagi pihak pendakwaan. - Bernama