Khairul Aming sekali lagi jadi mangsa ‘deepfake’

Iklan
Khairul Aming mendedahkan dirinya sekali lagi menjadi mangsa aplikasi digital dipacu teknologi kepintaran buatan (AI) yang dikenali sebagai ‘deepfake’ dalam satu video baru-baru ini.

PEMPENGARUH media sosial, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, 31, mendedahkan dirinya sekali lagi menjadi mangsa aplikasi digital dipacu teknologi kepintaran buatan (AI) yang dikenali sebagai ‘deepfake’ dalam satu video baru-baru ini.

Menerusi video penjelasan yang dikongsikan di platform X milik Khairul Aming itu, wajah dan suaranya telah diubah suai menggunakan teknologi tersebut.

Iklan
Iklan

Selain mengubah suai, video berkenaan turut disunting bagi mempromosikan sebuah produk peralatan dapur.

Khairul Aming berkata, perbuatan berkenaan dibimbangi membawa kesan buruk dan mengundang kepada fitnah.

Iklan

Ujarnya, kejadian sama pernah berlaku sebelum ini, di mana wajahnya turut diubah suai melalui perisian komputer, Photoshop.

"Bayangkan berapa banyak benda boleh jadi fitnah nanti,” katanya dalam hantaran di platform X pada Rabu.

Iklan

Tahun lalu, tular beberapa hantaran berkaitan promosi Apple Watch palsu yang ditaja oleh seseorang individu dengan menyamar sebagai pempengaruh seperti Khairul Aming, Aeril Zafrel dan Aznil Hj Nawawi.