Bekas pemimpin Bangladesh Hasina didakwa lakukan genosid

Iklan
Sheikh Hasina

DHAKA - Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dan sembilan yang lain didakwa melakukan 'genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan' semasa beberapa minggu protes ganas yang mengakibatkan ratusan orang terbunuh sebelum beliau meletak jawatan, kata pegawai pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

"Penyiasatan terhadap kes ini telah dimulakan apabila kami secara rasmi mendaftarkan aduan berhubung perkara ini,” kata Ataur Rahman, seorang pegawai kanan di Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) kepada media tempatan.

Iklan
Iklan

ICT adalah mahkamah di Bangladesh yang dikhususkan untuk pendakwaan kes genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Setelah penyiasatan selesai, ICT akan menyerahkan penemuannya kepada pendakwa raya untuk menentukan langkah undang-undang seterusnya.

Iklan

Gazi Tanim, seorang peguam Mahkamah Agung memfailkan aduan itu kepada ICT bagi pihak seorang bapa kepada pelajar darjah sembilan yang terbunuh akibat tembakan polis semasa protes pada 5 Ogos di pinggir Dhaka.

Empat anggota kanan Kabinet Hasina, bekas ketua polis negara, dan tiga pegawai polis lain juga dinamakan dalam kes terbabit.

Iklan

Pempetisyen mendakwa bahawa tertuduh telah mengarahkan, merancang, dan melaksanakan genosid serta jenayah terhadap kemanusiaan dengan membunuh penunjuk perasaan awam anti-kerajaan yang tidak bersenjata.

Lebih 500 orang dilaporkan terbunuh semasa protes selama sebulan yang menuntut penamatan sistem kuota pekerjaan kerajaan yang didakwa mempunyai unsur diskriminasi dan akhirnya bertukar menjadi kebangkitan besar-besaran terhadap Kerajaan Hasina. - Bernama