10 cedera reaktor kilang terbakar di Bintulu

Iklan
Seramai 10 orang cedera termasuk empat melecur dalam kebakaran melibatkan tangki 'Bottom Reactor’ di sebuah kilang dimiliki pelabur asing di Taman Perindustrian Samalaju, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, Bintulu, pada Rabu. Gambar hiasan

SIBU - Seramai 10 orang cedera termasuk empat melecur dalam kebakaran melibatkan tangki 'Bottom Reactor’ di sebuah kilang dimiliki pelabur asing di Taman Perindustrian Samalaju, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, Bintulu, pada Rabu.

Beberapa rakaman video berkaitan kejadian itu yang ditularkan di media sosial menunjukkan letupan dan bebola api yang besar di udara serta asap tebal dari kilang tersebut.

Iklan
Iklan

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGOB) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada jam 6.24 petang.

"Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal dan dipadam Pasukan Bertindak LKecemasan (ERT) kilang tersebut sebelum ketibaan bomba.

Iklan

Menurut PGOB, kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

"Pengurusan kilang maklum hanya memerlukan bomba dilokasi untuk bersedia,” katanya.

Iklan

Jurucakap itu berkata, pihaknya tidak mempunyai butiran terprinci kesemua mangsa berkenaan berikutan pemilik kilang tersebut tidak mendedahkan butiran malah gambar kejadian tidak dibenarkan dirakam.

Sebaik sahaja menerima panggilan kejadian tersebut pada jam 6.24 petang pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju telah digerak dan tiba di lokasi pada jam 6.28 petang melibatkan jarak perjalanan lima kilometer.

Menurutnya kebakaran sudah terkawal jam 7 malam oleh pihak syarikat dan pihak bomba berada di lokasi sehingga sekitar jam 10.30 malam. - Bernama