Jadilah netizen cerdik, bukan yang tidak berakal

Iklan
Nakano membuat permohonan maaf kepada warganet Malaysia. Foto Tiktok Shinji Nakano

MERAK JALANAN rasa satu dunia sudah kenal perangai netizen Malaysia terutama bila bab mengecam. Kalau di Sukan Olimpik ada acara buli siber, sudah tentu Malaysia dapat pingat emas. Memang tak boleh lawan.

Juara mengecam, bagi saja pada netizen Malaysia. Merak Jalanan sedih dan kecewa dengan sikap segelintir netizen yang sanggup melemparkan kecaman sewenang-wenangnya. Menulis belakang skrin memanglah seronok, boleh menyorok. Sebab guna akaun palsu.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, pelumba Jepun Shinji Nakano jadi sasaran 'tentera bawang'. Mereka serbu akaun media sosial atlet lumba basikal itu dengan kata-kata kesat dan sebagainya.

Tindakan tidak matang melakukan kecaman sedemikian sudah tentu mencalarkan imej negara. Ada rakan Merak Jalanan yang kata, seburuk-buruk netizen di Korea Selatan, lagi teruk perangai netizen Malaysia ini terutama dalam bab mengecam dan menyerang orang lain.

Iklan

Merak Jalanan pun tidak faham. Rakyat Malaysia dikenali kaya budi bahasa, tetapi berbeza bila jadi warga maya. Macam ada split identity.

Sikap menyokong atlet Malaysia tanpa berbelah bahagi itu memang sangat baik. Padu kata orang sekarang. Tapi bila tidak puas hati kerana kalah, jangan terus serang media sosial atlet lain.

Iklan

Inilah masalahnya bila jari lebih laju bertindak daripada otak. Ini bukan pertama kali berlaku. Atlet lontar peluru dari Ukraine, Maksym Koval pernah terima kecaman teruk selepas kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ditarik semula.

Nasihat Merak Jalanan kepada netizen yang suka menyerang di media sosial ini, jangan bagi malu negara. Jangan malukan rakyat Malaysia.

Jadilah netizen yang cerdik, bijak, pandai dan segala kata yang sinonim dengannya.