Kos hidup tinggi faktor tak tambah zuriat
Iklan
SHAH ALAM - Kos hidup tinggi menjadi antara kekangan dihadapi pasangan untuk menambah zuriat, sekali gus menyumbang penurunan kadar kesuburan keseluruhan (TFR).
Pakar Perunding Reproduktif Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Muhammad Azrai Abu berkata, masalah sosial yang berbeza bagi setiap individu juga menjadi antara penyebabnya.