Cuepacs jamin penjawat awam tingkat prestasi kerja

Iklan
Adnan

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memberi jaminan penjawat awam akan meneruskan prestasi kerja yang baik tanpa mengambil kira pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Presiden Cuepacs, Datuk Dr Adnan Mat berkata, ia berikutan terdapat perkara penting yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini susulan kenaikan gaji penjawat awam.

Iklan
Iklan

"Apabila diberikan kenaikan gaji, sudah tentu perkhidmatan yang terbaik perlu ditunjukkan kepada orang ramai.

"Harus diingatkan bahawa SSPA baharu ini bukan berkisar kepada kenaikan gaji semata-mata tetapi ia menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek terutama dalam meningkatkan institusi perkhidmatan awam.

Iklan

Mengulas lanjut, Adnan berharap agar semua pihak jelas mengenai komitmen penjawat awam yang sentiasa berusaha untuk mewujudkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan ekonomi negara.

Ujar beliau, pihaknya turut berharap semua kerajaan negeri akan mengikuti langkah meningkatkan gaji penjawat awam seperti dilakukan kerajaan Persekutuan melalui pelaksanaan SSPA yang baharu.

Iklan

"Berdasarkan sejarah sebelum ini, apa yang diputuskan kerajaan Pusat akan diikuti oleh kerajaan negeri.

"Cuepacs tidak melihat perkara ini sebagai suatu masalah kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan SSPA baharu itu,” tambahnya.