Tambah kerusi untuk siapa?
Iklan
SATU mispersepsi (pentafsiran serong) dan misinformasi (maklumat serong) yang sangat lazim dalam politik Malaysia ialah pertambahan kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berulang atas alasan pertambahan pengundi. Dan rakyat sering disajikan dengan dua fakta yang ditafsir serong.
Fakta pertama, bilangan kerusi telah bertambah secara berkala untuk Dewan Rakyat dan DUN-DUN di Semenanjung dari 1974 ke 2005, dan untuk DUN-DUN Sarawak dan Sabah sampai 2015-2016.
Maksudnya, sudah masanya untuk tambah kerusi sekali lagi untuk Dewan Rakyat dan DUN-DUN Semenanjung selepas hampir 20 tahun.