Hannah terbuka sebarang kritikan konstruktif

Iklan
Hannah (dua, kanan) ketika ditemui pemberita sebaik tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terbuka menerima pandangan pelbagai pihak bagi memajukan sukan di Malaysia.

Malah beliau juga bersedia berdepan kritikan dan sindiran mengenai program Road To Gold (RTG) kini bertukar kepada 'Road To Gangsa'.

Iklan
Iklan

Tambahnya, peminat sukan berhak melontarkan pandangan, namun apa yang penting pemegang taruh utama program itu adalah atlet dan jurulatih.

"Saya terima kritikan kerana semua orang ada platform masing-masing, media sosial untuk menyatakan pendapat mereka. Perkara itu kita tak boleh halang.

Iklan

"Namun untuk menjayakan sesuatu program itu pandangan dan pendapat mereka seperti jurulatih dan pengarah teknikal itu lebih penting.

Hannah menjelaskan maklum balas positif daripada semua pihak juga perlu diambil kira.

Iklan

Ini kerana katanya, ada yang mengakui tanpa RTG mereka tidak mungkin mendapat prestasi terbaik selepas memperoleh manfaat yang ditawarkan di bawah program itu.

RTG dilancarkan pada Mac tahun lalu, melibatkan dua kitaran Olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028.

Di Paris 2024, Malaysia meraih dua gangsa menerusi sukan badminton iaitu dalam acara beregu lelaki, Aaron Chia-Woh Wooi Yik dan pemain perseorangan profesional, Lee Zii Jia.

Peningkatan prestasi beberapa atlet muda juga perlu diambil kira.

Badang negara, Aniq Kasdan berjaya membaharui rekod kebangsaan sekali gus membuktikan RTG memberi impak positif buat atlet.

Pelumba berbasikal trek wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang membuat penampilan sulung di Olimpik juga cemerlang apabila mencatat rekod baharu kebangsaan dalam acara pecut.