Lelaki OKU hilang disyaki lemas di Sungai Pahang

Iklan
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa di kawasan tebing sungai pada malam Rabu sebelum ditangguhkan dan disambung semula pagi Khamis.

KUANTAN - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipercayai mengalami masalah mental dilaporkan hilang disyaki lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Kiambang, Gangchong, Pekan pada Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kehilangan Mahadir Abd Hamid, 49, disedari jam 9 pagi pada hari berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak polis menggerakkan pencarian bersama keluarga dan penduduk kampung namun mangsa gagal ditemui.

"Pihak bomba segera menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima panggilan bantuan jam 11.02 malam," katanya.

Iklan

Zulfadli berkata, tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu ke lokasi untuk melakukan pencarian di kawasan tebing sungai.

"Operasi ditangguhkan jam 12.13 tengah malam tadi dan akan disambung semula pagi ini (Khamis)," jelasnya.

Iklan