Bakar rumah penduduk, berang ditegur bercinta dengan isteri orang

Iklan
Zulkarnain (kiri) ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah Palembang. - Agensi

SUMATERA - Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun bertindak membakar rumah penduduk di Lorong Roda Palembang, selepas tersinggung dengan teguran seorang penduduk yang melarangnya bercinta dengan isteri orang.

Kejadian berpunca apabila seorang penduduk yang dikenali sebagai Yusuf melaporkan kepada suami Dewi yang dipercayai kekasih pelaku iaitu Zulkarnain mengenai hubungan terlarang mereka.

Iklan
Iklan

Tersentak dengan teguran tersebut, Zulkarnain bertindak membakar rumah Yusuf dengan menggunakan bahan api yang dipercayai petrol.

Pelaku kemudiannya melarikan diri, bagaimanapun dia berjaya ditahan oleh polis tidak lama kemudian.

Iklan

Dalam pada itu semasa perbicaraan di mahkamah Palembang, Zulkarnain menyatakan kekesalannya kerana bertindak sedemikian.

"Pelaku didapati bersalah kerana berniat untuk menimbulkan kekecohan dengan membakar rumah," demikian menurut kenyataan mahkamah pada Selasa.

Iklan

Pelaku kini berhadapan hukuman penjara 10 tahun dan akan mengajukan pembelaan pada sidang mahkamah minggu hadapan. - Agensi