Bapa bintang bola sepak Sepanyol, Lamine Yamal ditikam

Iklan
Mounir Nasraoui, bapa kepada Lamine Yamal, ditikam pada lewat Rabu di tempat letak kereta di bandar Mataro di timur laut Sepanyol. Foto fail Reuters

MOUNIR Nasraoui, bapa kepada bintang bola sepak Barcelona dan Sepanyol, Lamine Yamal, ditikam pada lewat Rabu di tempat letak kereta di bandar Mataro di timur laut Sepanyol, lapor akhbar La Vanguardia, memetik sumber rasmi.

Reuters, bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan laporan itu.

Iklan
Iklan

Pasukan polis Mossos d'Esquadra wilayah dan jurucakap kerajaan tempatan Mataro juga belum memberi sebarang maklum balas.

Menurut laporan La Vanguardia, Nasraoui telah dibawa ke hospital Can Ruti di bandar Badalona berhampiran dan diagnosis sebagai"serius."

Iklan

Laporan itu turut menyebut, polis tempatan dan wilayah telah mengesan beberapa saksi kejadian itu.

Sementara itu, laman web sukan Relevo pula yang memetik sumber rasmi berkata, Nasraoui sudah dibenarkan keluar dari hospital dan kembali ke rumahnya.

Iklan

Yamal, seorang pemain bola sepak yang hebat dibesarkan di Mataro - sebuah kawasan pinggir bandar Barcelona yang memiliki pelbagai etnik di Barcelona.

Dia menjadi bintang cemerlang dalam Kejohanan EURO 2024 di Jerman, baru-baru ini.

Sepanyol memenangi kejohanan itu, sebahagiannya dibantu oleh Yamal yang berusia 17 tahun itu dengan menjaringkan gol menentang Perancis pada separuh akhir pada 9 Julai. - Awani/Agensi