Astro lancar kempen ‘Inilah KITA’, tawar lebih 100 hiburan baharu

Iklan
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Astro melancarkan kempen ‘Inilah KITA’ bermula 15 Ogos hingga 16 September 2024.

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Astro melancarkan kempen ‘Inilah KITA’ bermula 15 Ogos hingga 16 September 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, pelaksanaan kempen berkenaan bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dan kesaksamaan yang memberikan impak positif dalam masyarakat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif menarik itu dibawa menerusi kempen Inilah KITA melalui siaran KITA di saluran 100 (CH100).

"Astro mengangkat ‘Inilah KITA’ sebagai nama kempen kali ini kerana ia mencerminkan budaya Malaysia yang pelbagai, bersatu padu dan berdaya tahan.

Iklan

"Fokus kami pada tahun ini adalah untuk meraikan semangat ‘kita’ sebagai masyarakat berbilang bangsa dan latar budaya,” katanya ketika majlis pelancaran Kempen Inilah KITA di Pavilion Damansara Heights Mall pada Rabu.

Euan memberikan penerangan mengenai kempen ‘Inilah KITA’ kepada para tetamu yang hadir pada majlis pelancaran berkenaan.


Tambah Euan, sebagai jenama diasaskan di Malaysia, Astro membawa cerita dan hiburan menerusi saluran KITA dengan menampilkan lebih daripada 100 tajuk terpilih, bermula 15 Ogos sehingga 16 September di Astro, NJOI dan sooka.

Iklan

Mengulas mengenai saluran KITA, Euan memaklumkan, pelanggan berpeluang untuk menonton tayangan perdana, program dan program baharu seperti Lion Girl, Rombongan Makciks Ke Dataran Merdeka, The Music Journey, Pasangan musim kedua serta Oga & Friends.

Tambah beliau lagi, pelanggan juga boleh menikmati episod istimewa Family Feud Malaysia dan rancangan lain seperti Hantu Karipap, Terompak Sana Tertukar Sini, Call Me Handsome ‘Malaysia KITA’, Sofa Kentang Selebriti dan lain-lain.

"Di Astro, sangat kami teruja untuk membawakan kandungan yang pelbagai ke setiap isi rumah bagi mengangkat semangat kita.

"Sepanjang kempen berlangsung, kami menjemput anda untuk menonton saluran KITA untuk mendengar lagu tema kempen Inilah KITA yang dinyanyikan oleh barisan artis tempatan antaranya Hael Husaini, Wani Kayrie, Daniel Fong, Joey Leong, Balan Kash dan Roshin,” ujarnya.

Pelancaran kempen ‘Inilah KITA’ disempurnakan oleh Euan (tiga dari kiri) bersama-sama barisan penyanyi lagu tema ‘Inilah KITA’.


Jelas beliau, lagu berkenaan boleh distrim bermula 15 Ogos di semua platform kegemaran orang ramai.

Pada masa sama, Euan berkata, pelanggan Astro turut berpeluang menikmati enam saluran percuma sepanjang kempen berlangsung.

Antara saluran percuma itu ialah SHOWCASE (CH413), HITS MOVIES (CH401), tvN Movies (CH416), HITS NOW (CH702), Zee Cinema (CH251), dan ABO Movies Thangathirai (CH241).

Sementara itu, beliau juga menjemput rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam pergerakan sosial Astro Inilah Hero KITA bermula 15 Ogos hingga 16 September dengan cara berkongsi cerita teladan mengenai rakyat Malaysia bercirikan sifat kebaikan, dedikasi dan positif.

"Cerita itu boleh dikongsikan dalam format teks, gambar atau video di laman media sosial dengan tanda pagar #InilahKITA.

"Tonton Berita Terkini KITA di segmen Astro AWANI jam 5 petang dan KITA (CH100) pada jam 8.30 malam. Kami membawakan cerita-cerita menarik mengenai individu ‘Inilah Hero KITA’ yang menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik,” ujar Euan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Inilah KITA, sila klik pautan astro.com.my/InilahKITA.