[VIDEO] Fahmi nafi arahkan Google tutup ciri tukaran ringgit

Iklan

SHAH ALAM - Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menafikan beliau pernah mengarahkan Google menutup ciri graf pertukaran nilai mata wang ringgit di enjin cariannya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Google Malaysia mengambil tindakan menurunkan widget itu selepas mendapat maklum balas Bank Negara Malaysia.

Iklan
Iklan

"Pihak Google memaklumkan mereka masih menjalankan ujian dengan FX data provider yang dikenal pasti.

"Widget itu akan dikembalikan apabila mereka lebih yakin kesilapan data tidak lagi berulang," jelas beliau menerusi satu perkongsian di platform X pada Khamis.

Iklan
Fahmi

Fahmi berkata demikian mengulas dakwaan seorang pengguna media sosial yang mendakwa jasa terbesar beliau adalah mengarahkan Google menutup kadar pertukaran mata wang di enjin cariannya.

Pengguna media sosial berkenaan mendakwa beliau terpaksa menukar nilai mata wang ke dolar Singapura (SGD) terlebih dahulu sebelum menukar kepada ringgit.

Iklan