Jenazah ibu MB Kedah akan disembahyangkan di Masjid Sungai Pau, Sik

Iklan
Jenazah Allahyarham Meriam dibawa menaiki van jenazah HSB kira-kira jam 11 pagi.

ALOR SETAR - Jenazah ibu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan disembahyangkan di Masjid Sungai Pau, Sik.

Solat jenazah Meriam Ahmad, 74, akan dilakukan di masjid berkenaan selepas dibawa pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, jenazah Meriam dibawa menaiki van jenazah HSB kira-kira jam 11 pagi.

Turut kelihatan menziarahi keluarga Allahyarham, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Iklan

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Kedah, ibu kepada Menteri Besar Kedah telah kembali ke rahmatullah jam 9.40 pagi di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.

"Insya-ALLAH, solat jenazah dijadualkan selepas solat Asar di Masjid Sungai Pau, Sik.

Iklan

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan bersama para solihin," katanya dalam kenyataan pada Khamis.