SPRM mulakan siasatan kilang e-waste di Segamat

Iklan
Azmi. Laporan khas Sinar Harian pada 6 Ogos lalu.

SHAH ALAM - Siasatan sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pengoperasian beberapa kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Segamat, Johor.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai isu itu.

Iklan
Iklan

"Setakat ini siasatan sedang dijalankan, namun ia masih di peringkat awal.

"Pihak kami sedang giat mengumpul bukti perkara berkaitan sebelum tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Tambah Azmi, SPRM akan meneliti pelbagai sudut sama ada pencemaran dan sebagainya.

Sabtu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya akan meneliti isu terbabit sekiranya ada unsur rasuah atau salah guna kuasa oleh pihak berkaitan.

Iklan

Kata Azam, SRPM tidak teragak-agak menjalankan siasatan selain pihaknya juga pernah mengambil tindakan sedemikian sebelum ini di beberapa tempat lain.

Pada 6 Ogos lalu, Sinar Harian menerusi laporan eksklusif melaporkan aktiviti kilang haram di Segamat, Johor yang dipercayai menjalankan operasi melerai, memproses dan melebur sampah e-waste diseludup tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.

Kilang kitar semula barang terpakai itu disyaki beroperasi tanpa permit atau lesen sah daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi menguruskan keseluruhan proses barangan e-waste.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan kepada Sinar Harian juga menegaskan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditugaskan untuk menyiasat lebih lanjut berkenaan kilang-kilang e-waste di seluruh negara.