Premis proses ayam cemar sungai, MPHS keluar tiga notis amaran

Iklan
MPHS mengeluarkan tiga notis amaran terhadap sebuah premis pemprosesan ayam atas kesalahan melakukan pencemaran sungai.

HULU SELANGOR - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengeluarkan tiga notis amaran kepada sebuah premis pemprosesan ayam atas kesalahan melakukan pencemaran sungai.

MPHS dalam kenyataannya memaklumkan, operasi itu dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, operasi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan awam terhadap aktiviti pencemaran sungai di premis berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut melepaskan sisa pelupusan terus ke dalam sungai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Sehubungan itu, katanya, MPHS mengeluarkan tiga notis amaran iaitu di bawah Seksyen 69 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 26 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 serta Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"MPHS menyarankan warga Hulu Selangor memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan serta melindungi alam sekitar daripada apa jua bentuk pencemaran dan kekotoran," ujar beliau.

Iklan