Penjawat awam ditahan tunggang motosikal curi

Iklan
Seorang penjawat awam ditahan tunggang motosikal curi.

PORT DICKSON - Seorang penjawat awam ditahan dalam Op Khas Motosikal di daerah ini pada Rabu kerana menunggang motosikal curi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 38 tahun itu didapati menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZR yang dilaporkan hilang tujuh tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Polis menerusi Bahagian Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah menjalankan sekatan jalan raya sempena Op Khas Motosikal di kawasan pentadbiran IPD Port Dickson.

"Dalam sekatan diadakan, polis telah mengesan seorang lelaki yang merupakan penjawat awam dipercayai menunggang motosikal curi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, hasil semakan lanjut mendapati, motosikal terbabit telah dilaporkan hilang pada 2017 di daerah Melaka Tengah.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dilakukan.

Iklan

Sementara itu katanya, pihaknya memandang serius sebarang aktiviti jenayah dan tindakan tegas akan diambil.

"Orang ramai dinasihatkan supaya memberi perhatian ke atas keselamatan harta benda supaya sentiasa berkunci khasnya motosikal yang diletakkan tanpa pengawasan," katanya.