Kes bunuh Cikgu Istiqomah: Polis Melaka giat kumpul bukti

Iklan
Istiqomah

SHAH ALAM - Polis Melaka sedang giat mengumpulkan bukti bagi memastikan siasatan kes pembunuhan kejam guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, dapat berjalan dengan baik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setiap hari polis menerima penemuan baharu dan kini sedang mencari keterangan lain bagi membantu siasatan kes.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini polis sudah mengambil telefon, barangan lain termasuk pakaian dan saksi untuk membantu siasatan.

Razarudin (tengah) ditemui di Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Inspektor Kor SUKSIS UiTM Kali Kesembilan di UiTM Shah Alam pada Khamis.

"Pihak polis Melaka masih bertungkus-lumus untuk menentukan satu siasatan yang baik bagi kes ini," katanya ketika menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Inspektor Kor SUKSIS UiTM Kali Kesembilan di UiTM Shah Alam pada Khamis.

Iklan

Pada 6 Januari lalu, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki, dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira jam 2 petang.

Razarudin (duduk tengah) ketika menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Inspektor Kor SUKSIS UiTM Kali Kesembilan di UiTM Shah Alam.

Selepas kira-kira lapan bulan berlalu, Isnin lepas Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.

Iklan

Susulan itu, Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos.

Ringkasan berita:

  • Polis Melaka sedang giat mengumpulkan bukti dalam kes pembunuhan guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi (33 tahun).
  • Setiap hari terdapat penemuan baharu yang membantu siasatan kes ini.
  • Barang peribadi seperti telefon bimbit dan pakaian serta keterangan saksi telah diambil untuk membantu siasatan.
  • Mayat Istiqomah ditemukan tanpa kepala, tangan, dan kaki dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin pada 6 Januari 2024.
  • Identiti mayat disahkan sebagai Istiqomah pada 7 Ogos 2024, setelah dia dilaporkan hilang sejak 27 Disember 2023.
  • Sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun ditahan di Chemor, Perak pada 6 Ogos 2024 untuk siasatan lanjut.
Dijana oleh AI